Friday, 7 September 2012

Pinjaman ASB CIMB Bank


AMANAH SAHAM BUMIPUTRA(ASB)
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaum bumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumaputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.
Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30%bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini.Salah satu daripada program yang dilaklsanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ini ialah skim amanah untuk Bumiputra yang di namakan ASB ini.
Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas kerisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.
Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30%ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi jugauntuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angkatersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-progrem amanah seperti ASB ini.

Amanah Saham Bumiputera salah satu pelaburan yang sangat baik untuk semua Bumiputera. Seharusnya sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bagi meningkatkan taraf hidup kita. Terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada semua Bumiputera di Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Bagaimana Amanah Saham Bumiputera ini berfungsi? Melalui simpanan kita di ASB kita akan mendapat pengagian pendapatan dividen. Bagaimana untuk mengira kadar dividen ini? Bagi anda yang berminat untuk mengetahui cara untuk mengira dividen ini saya menyediakan kalkulator ASB yang saya perolehi daripada bebas-hutang.com.



Pembiayaan ASB melalui CIMB
Bagi mereka yang tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini dan ingin memulakan pelaburan dalam ASB. CIMB menawarkan skim pinjaman pelaburan ASB kepada anda. Skim ini membolehkan anda melabur dalam ASB sehingga RM 200,000 walaupun anda tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk melabur.
CIMB akan membayarkan dahulu pembelian saham kepada pembeli dan pembeli kemudian akan membuat pembayaran secara ansuran bayaran saham tadi kepada CIMB. Dengan kaedah ini pembeli akan mendapat dividen penuh keatas nilai saham ASB walaupun hanya membayar suku dari jumlah pembelian tadi. Secara purata dividen dan bonus yang akan diberikan oleh ASB adalah diantara 8-9 % setiap tahun Dengan dividen ini kemungkinan besar pada tahun kedua pembeli tidak perlu lagi mengeluarkan wang sendiri untuk membuat pembayaran ansuran pinjaman ASB kepada CIMB kerana dividen tadi sudah boleh untuk menampung pembayaran pinjaman ASB tadi.
Sebagai contoh peminjam A membuat pinjaman dengan CIMB untuk membeli saham ASB sebanyak RM 200,000 dan membuat pinjaman selama 20 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM 1314. Bagi tahun pertama dividen ASB adalah dikira secara pro-rata dan mungkin hanya mendapat sedikit sahaja pulangannya. Walaubagaimanapun pada tahun kedua pengiraan dividen dan bonus adalah dikira pada nilai RM 200,000 unit saham tadi. Jadi sekiranya dividen dan bonus pada tahun tersebut adalah 8.5%. Dividen yang akan diperolehi adalah sebanyak RM 17,000. Bayaran pinjaman CIMB pada tahun tersebut adalah RM 15768. Jadi disini duit bayaran bulanan CIMB pada tahun tersebut telah di cover balik malahan peminjam akan mendapat lebihan baki sebanyak RM 1232.Menguntungkan bukan… ????
Tempoh matang perjanjian pinjaman adalah sehingga 3 tahun, selepas itu peminjam boleh membuat pilihan samaada ingin meneruskan pinjaman ataupun ingin menutup akaun pinjaman ASB tersebut. Sekiranya peminjam ingin menutup akaun pinjaman ASB tersebut, PNB akan membeli balik saham tersebut dan akan membayar kembali nilai prinsipal pelaburan tadi kepada pemohon. Sebagai contoh sekiranya tahun ke 5 peminjam ingin menutup akaun tersebut. Peminjam akan mendapat kembali pulangan wang setelah ditolak dengan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak CIMB. Peminjam akan memperolehi sebanyak RM 39,240. Menarik bukan, dengan anda hanya mempunyai modal sebanyak RM 15768 anda boleh menggandakannya kepada RM 33,328 hanya dalam masa 5 tahun dan dijamin 100% tanpa risiko. Ataupun dengan hanya modal RM 15768 selepas 25 tahun anda akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 224,640.00… RISIKO…. Langsung Tiada…
Perlu diingatkan bahawa pinjaman ini dilindungi sepenuhnya oleh insuran, sekiranya peminjam meninggal ataupun cacat kekal (Lumpuh) dalam tempoh pinjaman. Pinjaman tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh Insuran dan saham ASB tadi akan diserahkan kepada pewaris.
Kesimpulannya disini, membuat pelaburan ASB adalah satu langkah yang amat bijak di ambil oleh anda. Tiada risiko, pulangan tinggi dan dilindungi insuran sepenuhnya. Kesenangan hari esok adalah bermula pada hari ini. Jadi ambillah peluang keemasan ini.


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembiayaan ASB melalui CIMB sila berhubung dengan Staff CIMB dibawah :
Roslan : 013-3842042 & 012-9729723
Email : roslanjohari88@yahoo.com


Dibawah, disertakan Jadual Pembayaran Pinjaman ASB.







DIVIDEN ASB DARI TAHUN 1990-2009



PERBANDINGAN ASB BLR VS DIVIDEN






No comments:

Post a Comment